Maria Grazia Gullo - Massimo Longo
Malabù dan Bebiri yang Mempesonakan
Diterjemahkan oleh Amirah Izzati binti Ruslan
Hak Cipta © 2019 M.G.Gullo - M.Longo
Gambar muka depan dan grafik dibuat dan diedit oleh Massimo Longo
Hak cipta terpelihara.
ISBN Code:
ISBN-13:
Malabù dan Bebiri yang Mempesonakan
Pada suatu hari, di atas jalan yang menghubungkan laut ke kampung Mutino, ada seorang lelaki pelik yang berpakaian jubah panjang polka berwarna oren dan hijau. Dia berjalan menggunakan tongkat kayu berakar pintal dihujung yang lebih tinggi darinya. Di tengah pusaran akar, terdapat lapisan permata lazuli besar dengan mutiara perak di sekelilingnya.Lelaki itu membawa seekor bebiri yang diikat. Ia menendang dan menggigit seolah-olah tidak mahu mengikut jejak pemiliknya. Ia adalah haiwan yang
cantik, muda dan kuat, dengan bebulu putih seperti salji. Ia memikul timbunan kolar kulit hitam, seperti yang dipakaikan kepada singa di sarkas.
Lelaki itu menuju ke pasar tempatan. Setibanya di sana, orang ramai datang dekat kepadanya untuk melihat dengan lebih jelas juga terpegun melihat kecantikan haiwan yang bersamanya.
Ketika lelaki tua itu tiba, dia berhenti di salah satu gerai pasar, dan mula memuji barangannya:
- Sesiapa yang ingin membeli barangan cantik ini, datanglah lebih dekat!
Jumlah orang yang ingin tahu semakin bertambah.
- Tuan dan Puan, dengarlah, dengarlah.
Seorang lelaki, yang datang terlalu dekat, digigit haiwan itu. Mujur,
hanya bunyi ketapan gigi binatang yang dapat didengari.
- Hati-hati, iamenggigit - tarik pemiliknya - Ia ada set gigi yang cantik, dalam keadaan yang bagus. Ayuh, tuan-tuan dan puan, harganya hanya dua ratus dinar.
Semakin banyak orang berkumpul di sekelilingnya: mereka semua berminat dengan penjualan itu.
Berdasarkan spesiesnya, harganya
sangat berpatutan.Seorang lelaki bernama Bad-moke cuba menarik perhatian orang ramai: dia adalah orang terkaya dan paling sombong di kampung itu.
Bad-moke itu bukan nama sebenarnya. Dia dipanggil seperti itu sejak awal kanak-kanak lagi kerana dia dianggap berhasad
dengki dan jahat. Dia seorang lelaki yang tinggi, bertubuh besar dengan kepala yang kecil, tangan raksasa dan perut besar yang selalu kelihatan hampir meletup. Ayahnya adalah seorang saudagar kaya yang telah selalu mengembara, yang kekayaannya menjadi sangat misteri kerana tidak ada seorang pun di kampung ini yang tahu bagaimana dia mengumpulkan kekayaan tersebut.
Bad-moke mula menakutkan pesaingnya. Sebilangan besar dari mereka melarikan diri hanya dengan pandangan lelaki itu, yang menakutkan mereka. Hanya yang cukup berani akan tinggal.Jadi, setelah turut serta daklam pertandingan, dia tertawa dan bertanya kepada lelaki tua itu apa yang dilakukannya dengan binatang itu, seolah-olah dia tidak menyedari bahawa dia telah menjualnya.
- Saya menjualnya - jawab lelaki tua itu dengan senyuman lebar, menyandarkan dagunya ke lengan yang memegang tongkat kayu.
- Mungkin, anda berminat?
- Sudah tentu saya minat! Sekiranya harga berpatutan, tentu saja - jawab Bad-moke.
- Ini lebih adil. Anda tidak akan pernah menemui seekor bebiri yang lebih muda, lebih kuat dan dengan set gigi yang lebih baik dengan hanya dua ratus dinar. Ia adalah perjanjian sebenar.
- Ini terlalu mahal, orang tua. Tidakkah anda melihat bahawa tidak ada yang menginginkannya? -
kata Bad-moke dengan pandangan yang cuba mengugut.
- Namun, menurut saya masih banyak orang di sini - jawab lelaki tua itu, sambil menunjuk beberapa orang yang masih tinggal sambil memutar tangannya ke udara.
Bad-moke melihat sekilas dan menyedari bahawa itu merupakan peluang yang sangat baik untuk dilepaskan. Beberapa petani yang gementar ketakutan, bersembunyi di belakangnya, mereka cuba melawan kesombongannya. Sebenarnya, seekor bebiri yang berkualiti dengan harga itu akan menjadi sangat berguna untuk rumah tangga mereka yang sederhana.
Bad-moke akhirnya memberitahu calon pembeli terakhir untuk pergi dengan melemparkan pandangan
Конец ознакомительного фрагмента.
Текст предоставлен ООО «ЛитРес».
Прочитайте эту книгу целиком, купив полную легальную версию на ЛитРес.
Безопасно оплатить книгу можно банковской картой Visa, MasterCard, Maestro, со счета мобильного телефона, с платежного терминала, в салоне МТС или Связной, через PayPal, WebMoney, Яндекс.Деньги, QIWI Кошелек, бонусными картами или другим удобным Вам способом.
Вы ознакомились с фрагментом книги.
Для бесплатного чтения открыта только часть текста.
Приобретайте полный текст книги у нашего партнера:
Полная версия книгиВсего 10 форматов