banner banner banner
Satu Malam Di Annwn
Satu Malam Di Annwn
Оценить:
 Рейтинг: 0

Satu Malam Di Annwn


“Tapi mengapa mereka tertarik? Ianya tidak masuk akal”.

“Ya, ianya betul jika kamu berfikir mengenainya. Kita dengan badan menjadi tertarik dengan kawan-kawan, keluarga dan hartanah. Jika saya mati esok, tidak bermakna kamu akan pergi dan tinggal di Zimbabwe, kan? Jika meteor terhempas ke kebun tua ini, saya tidak akan angkat kayu dan pindah ke Scotland, kan?”.

“Tidak, sudah tentu tidak. Saya secara emosi tertarik kepada tempat ini. Saya duduk di sini dan jika saya perlu pergi sementara waktu, saya akan kembali. Begitu juga sembilan puluh peratus orang lain. Cuma musafir luar yang pelik yang pergi jauh lama-lama dan kebanyakan mereka mati di rumah juga. Kamu percayalah saya bahawa hantu, atau orang tanpa badan, berperangai sama untuk sebab yang sama dengan orang berbadan”.

“Adakah kamu benar-benar nampak Ibu dan bercakap dengannya bersemuka?”.

“Itu soalan yang susah untuk dijawab, sayangku. Saya bercakap denganmu pagi tadi, tapi kamu membelakangiku dan tidak nampakku. Walau begitu, ianya tidak bermakna kamu tidak tahu yang saya di belakangmu, kan? Jawapan kepada soalan kamu tadi, saya tidak nampak dia seperti saya nampak kamu sekarang, atau berbual seperti ini. Saya rasa saya ada nampak sekilas ibumu, seperti TV yang rosak dan saya mendengar suaranya dalam kepalaku”.

“Kamu nampak Ibu di TV? Saya ada melihatnya itu dalam filem, tapi tidak pernah dengar ianya berlaku dalam kehidupan nyata. Kamu pasti?”.

“Tidak, saya tidak bermaksud begitu langsung! Saya mungkin terlihat imejnya di tingkap, di wap dari cerek atau pada bayang-bayang dalam rumah. Saya ada teori berkenaan itu. Ibumu belum belajar bagaimana memancarkan dirinya lagi, dan saya tidak tahu apa untuk dilihat. Kamu faham?”.

“Saya tidak pasti. Bila kamu mati kamu matilah, betul tak?”.

“Orang beranggapan begitu, tapi tiada sesiapa betul-betul pasti, kan? Atau saya tukar kenyataan… tiada sesiapa boleh buktikan yang mereka tahu. Ada orang yang tekad dialah orang kanan Tuhan di atas bumi ini, tapi Tuhannya tidak membantu dia buktikannya juga. Tapi, ianya dihebahkan kepada dunia dari media Katolik sebagai petunjuk yang tiada bantahan. Bagaimana dia atau mereka boleh berkata begitu pada hari dan zaman ini?”.

“Jika ada penjelmaan semula, kita pernah mati sebelum ini, jadi apa yang ada untuk belajar?”.

“Dalam masa sama, jika ada penjelmaan semula, kita pernah dilahirkan, tapi perlu belajar semula cara berjalan dan bercakap dan berkelakuan. Mungkin, orang-orang yang sudah mati perlu belajar semula bagaimana membuat badan mereka lebih cerah atau tebal supaya boleh dilihat oleh kita. Samalah dengan suara mereka”.

“Jadi kenapa tidak ramai orang boleh nampak banyak hantu setiap masa?”.

“Saya rasa mereka nampak, tapi kita tidak mendengar mengenainya. Gereja Kristian sangat berpengaruh dan menyokong negara dalam banyak perkara, jadi negara menyokong ia. Mereka saling bantu membantu dan persatuan ini membiayai akhbar dan media ini membentuk pandangan masyarakat sekarang, jadi mereka sokong sesame mereka. Saya percaya ada berpuluh juta orang India yang nampak dan bercakap dengan hantu setiap hari. Saya pasti jutaan lagi berbuatnya setiap hari dalam setiap negara, tapi mereka cuma beritahumu tentang jihad atau pope cium tar jalan tertentu. Ianya konspirasi dan ianya sudah berjalan berdekad lamanya sejak mereka mula membunuh ahli sihir”.

“Kamu betul-betul percayakannya, Ayah? Ianya seakan igauan melampau, tidak ke?”.

“Itu memang apa yang mereka mahu kamu fikirkan! Jika mereka boleh membinasakan pandanganmu dengan menghina kamu, tidak semestinya pandanganmu sahaja, maka mereka berjaya dengan senang. Saya percaya sekarang, ya, tapi saya baru mencapai kesimpulan ini. Saya ada banyak masa untuk berfikir sejak beberapa hari ini, sejak ibumu tidak lagi menyuruhku cat pintu atau membaiki atap setiap kali saya nampak macam berehat sepuluh minit”.

“Ibu bukan macam tu!”.

“Dia memang pun, kamu tahu, tapi sekarang tidak lagi. Dia melalui kehidupan sukar, dan kita berdua tidak banyak membantunya lebih dari sepatutnya, jadi dia membuatku bekerja keras juga. Lihatlah, saya tidak kata yang dia bersalah buat apa yang dia buat. Ia menjadikan kehidupan kita lebih baik, tapi memang dia buat dan kadang-kadang, saya ke pub dari duduk di sini dan dileter sebab berehat beberapa jam. Dia tidak boleh tahan melihat seseorang tidak bekerja. Itu ialah cara lama… memang lazim masa tu. Saya bukan merungut. Saya duduk di pub beberapa tengahari, dan ianya cukup, dan sedikit sahaja lebih dari apa yang dia pernah buat”.

“Bercakap tentang kerja, saya harus beredar. Saya akan basuh lantai lino dapur dan bersihkan peti ais, tapi saya perlu pulang ke rumah lepas itu dan mula bersihkan rumah sendiri. Bawalah kerusi ke pintu dapur supaya kita boleh bercakap?”.

“Baik, baiklah. Saya tidak mampu lagi turun ke lantai untuk bersihkannya, atau saya tidak boleh bangun balik”.

“Kamu tak pernah pun basuh lantai sepanjang hidup, tapi jika kamu mahu, kamu boleh beli mop atau Squeegee. Sebenarnya, saya akan dapatkan satu untukmu sempena hari Natal kerana berkata begitu!”.

“Kamu kenal saya sangat, itu masalahnya. Lagipun, kami ada pembahagian tugas yang tegas, ibumu dan saya. Saya berkebun dan dia jaga rumah”.

“Ya, kecuali bila dia kena jaga taman sayuran dan herba juga”.

“Biasanya, itu sentiasa sebahagian dari kawasan rumah. Itulah di mana perempuan-perempuan tua cerdik, ahli sihir yang saya maksudkan awal tadi, guna untuk tanam herba supaya keluarganya kuat dan sihat. Itu bukan banggadiri lelaki, mereka mahukan dan perlukan tanaman herba itu. Jadi, belajarlah fakta sebelum kamu mengkritik apa yang kamu tidak tahu”.

“Baiklah, baiklah, saya menyerah kalah. Tengok, lantai sudah siap, dan ianya akan ambil cuma separuh masa dengan mop yang bagus. Sekarang peti ais”. Dia memandang ke arah ayahnya, berdoa dan buka pintu.

“Saya sedang masuk”, katanya. “Jeez, ianya macam Neraka dalam ni!”.

“Jangan melampau”, dia ketawa. “Ambilkanku satu bir, tinggalkan yang lain dan buang yang lain keluar, jika kamu mahu”, itulah yang anaknya buat.

“Baiklah, saya perlu pergi sekarang. Saya akan kembali esok pagi untuk kemas katil dan ruang depan. Apa yang kamu buat petang nanti, boleh saya hantar kamu mana-mana?”.

“Saya perlu fikirkan dulu… Sekarang, apa yang saya ada dalam jadual sosial untuk hari musim panas yang baik ini. Oh, cilaka, saya terhilangkannya. Apa yang harus saya buat sekarang? Saya tidak ingat satu pun temujanji. Tidak apa, saya akan bergantung pada cara lama, dan bawa Kiddy jalan-jalan keliling atas bukit sehingga kami berdua lapar semula dan pulang ke rumah semula untuk beritahu ibumu tentang perjalanan kami - berapa arnab kami nampak, berapa ular, dan berapa orang, yang selalunya tiada”.

“Itu sahajalah atau kamu hantar kami ke pub kampung dan berharap ada orang hantar kami pulang. Keputusan, keputusan! Ianya boleh, kan?”.

“Saya tidak pasti, tapi saya perlu pergi, dan itu yang pasti. Kamu mahu saya ambilkan pencenmu esok, Ayah, dan makanan dan bir?”.

“Ya, tolonglah, sayang. Kami akan jalan-jalan sahaja hari ini. Mungkin kami ke pub esok. Terimakasih atas semua yang kamu lakukan. Mari saya jalan denganmu ke kereta. Berikan sayang saya pada semua keluarga kamu, boleh? Sekarang, mana dia anjing saya?”.

““Kiddy! Kiddy! Dewch yma - mari sini.” dia mendengar ayahnya memanggil sementara dia perlahan-lahan memandu pergi, melihat ayahnya dan anjingnya yang taat pada cermin pandang belakang. Dia mangandai berapa lama lagi ayahnya boleh menampung diri sendiri dengan keadaannya sekarang.

Bila Becky telah pandu jauh, William masuk ke rumah, kunci pintu belakang dan ambil tongkatnya dari bucu di mana ia berada dan jaket ringan dari cangkuknya di pintu depan.

“Bye-bye, Sarah kesayanganku. Saya tidak pergi lama”, bisiknya, dan kunci pintu di belakangnya.

Dia tidak perlu tali untuk anjingnya sebab ia adalah anjing kerja penjaga biri-biri sepanjang hidupnya dan selalu mengikut kata dan arahan William. Mereka menyayangi sama sendiri sebanyak yang boleh oleh dua makhluk berbeza dan berjalan di perjalanan harian mereka yang melalui kebanyakan biri-biri lima tahun lepas, tapi sekarang cuma padang rumput terbiar. Dia periksa awan sekali lagi mengikut tabiatnya, tapi berpendapat ianya hari yang baik untuk kali ketiga pagi ini.

1 2 PERJALANAN WILLY

William menunduk ke bawah walaupun terasa sakit belakang untuk mengkaji tanah itu. Cuma ada sedikit hujan hari sebelumnya dan dia tidak perlu menyusahkan diri dengan rumput basah atau lumpur licin. Ianya masih lembut bila disentuh, jadi dia memilih untuk berjalan atas jalanraya pada hari itu dan bergerak ke atas menuju puncak bukit di mana mereka tinggal. Bukan dia sahaja yang ada kebun di bukit ini, tapi tiada yang lagi tinggi dari kebunnya, jadi dari situ hingga ke atas, dia anggapnya sebagai ‘Puncak Jones’, walaupun cuma panggilan, bukan undang-undang.

Keluarganya telah tinggal di situ sekurang-kurangnya selama lapan generasi mengikut Kitab keluarga, tarikh terawal ialah 1742. Semua generasi Jones dan ahli keluarganya. Cuma yang berubah dalam ribuan tahun adalah jalanraya, yang dibiaya kerajaan di awal Perang Dunia ke Dua untuk mereka memandu pasukan peninjau ke atas puncak untuk meninjau kedatangan kapalterbang-kapalterbang Jerman yang licik.

Ianya hanya membuang masa dan wang dan cuma simbolik pada perang itu sahaja. Orang yang bermanafaat untuk jalanraya itu cuma keluarganya, walaupun semasa itu, datuk dan neneknya tidak mahukannya kerana ia akan menggalakkan pelancong dan orang luar yang tidak dikehendaki. Mereka tidak sepatutnya risau. William jarang berjumpa satu atau dua kereta sebulan dan ianya selalunya kepunyaan orang kampung yang membawa anjing mereka jalan-jalan atau pergi berkelah dengan keluarga.

Dia dan isterinya, Sarah, lakukan yang sama dengan Becky anak mereka semasa masih di sekolah. Mereka akan cari masa untuk keluar, kerana itu adalah kelegaan buat mereka, setidak-tidaknya sekali sebulan. Dia tidak pernah mempunyai kereta, jadi ianya bergantung banyak pada cuaca yang tidak menentu seperti lautan.

Pergunungan merupakan pendinding yang baik kepada angin yang kuat dari cuaca Atlantik, tapi angin itu, kabus dan hujan yang mengikutinya turun ke atas Puncak Jones, dan turun bukit itu untuk meliputi kampung itu, yang dia boleh lihat dalam tiga puluh minit ia melingkungi bahagian bengkang bengkok yang mereka lalui semasa mendaki tadi.

Dia memeriksa galasnya dan berdiri tegak. Dia kebelakangan ini merasa cenderung untuk berbongkok jika dia tidak sentiasa berhati-hati. Dia tidak mahukan itu. Dia gunakan tongkat, sebagaimana yang selalu dibuat, sejak dari kecil. Kamu bukan seorang gembala yang bagus atau pejalan bukit amatur jika tiada tongkat yang baik. Di zaman dahulu, dia gunakannya untuk halau ular yang sekali-sekala muncul dan memukul biri-biri yang sesat, tapi bukan digunakan untuk berjalan, bukan macam sekarang.

Dia melihat Kiddy berlari ke depan seberang jalan - sisi yang lebih selamat, jauh dari pinggir bukit. Anjingnya tidak kisah tentang pemandangan ke bawah sepertinya dan memilih rumput lembut bawah kakinya. Dia terhidu sesuatu dan sedang mencari sumbernya belakang batu-batu kecil dan besar yang memenuhi kawasan itu. Anjingnya sudah berumur dua belas tahun, dan secara teknikalnya lebih tua darinya hampir dua puluh tahun, tapi masih mampu bergerak pantas. Secepat kilat bila dia terangsang untuk mengejar sesuatu. Selalunya arnab atau binatang kecil lain, sesekali juga ular.

Ianya lebih dari apa yang dia larat untuk buat masa ini, dia fikirkan dengan sedih. Dia tidak mampu kejar gadis cantik pun sekarang, yang lebih parah, dia tiada keinginan pun… ke mana semua tenaganya pergi? Dia mampu berlari ke atas dan bawah bukit ini sebanyak yang dia mahu berdekad lamanya dan sekarang dia bermasalah berjalan ke atas di bahagian terakhir dengan belakang yang lurus dan tongkat.

Pada masa ini, semasa dia keseorangan, yang selalu sekarang, membuatnya berfikir untuk apa semua ini padanya.

Dalam seratus ela, dia akan sampai ke batu besar di mana dia pertama kali cium Sarah, dan dua tahun kemudian Sarah terima pinangannya dan membuatnya seorang yang paling gembira. Dia tidak pernah beritahu sesiapa berkenaan batu itu, sebab dia pasti ayahnya akan beritahunya yang ianya tidak berasal dari situ; yang jengkaut askar telah tolak semua batu-batu ke tepi jalan sebab malas membawanya ke bawah.

Ayahnya akan menyebut sesuatu yang akan mengacau memorinya dan impiannya yang batu itu ada di situ selama-lamanya, atau setidaknya sejak zaman Ais Purba, yang padanya cukup lama untuknya sebagai romantik. Dia tidak pernah menyaksikan ketika yang baik antara datuk dan neneknya, di kedua-dua belah, atau juga ibubapanya sendiri. Mereka jenis yang lasak, keras, tidak mengarut, sesuai dengan zaman mereka, walhal dia membesar dalam keadaan kaya semasa lepas perang di mana ada harapan dan kekayaan. Ianya tidak pun terpengaruhi atau sampai ke bukit ini, tapi jelas dalam media bahawa oder Dunia Baru telah bermula.

“Sudah sampai masanya!” dia ingat ayahnya berkata satu hari. “Saya harap ianya lebih baik dari dulu!”. Ibunya memarahi ayahnya yang mencarut dan dia pun ambil paipnya ke laman belakang ‘untuk sedikit keamanan’.

Dia syukur sampai ke batu besar dan duduk. Kiddy letakkan kakinya ke atas permukaan di sebelahnya, renungnya dengan mata yang masih bersinar, diselubungi bulu putih-kelabu dan menjelir. William juga hampir menjelir, tapi dia gosok bulu anjingnya, sebagaimana dibuat pada Sarah bertahun lamanya dulu, dan anjingnya segembira dengan bakal isterinya semasa itu.

“Kamu perempuan baik. Kamu memang perempuan baik memang baik. Perempuan baik!” dan Kiddy nampak puas dengan pujian itu dengan menjilat tangan tuannya. Dia meninjau seberang jalan yang sempit itu dan lembah yang luas selepasnya. “Ibu dan Ayah saya pernah beritahu yang ahli sihir, bunian dan pari-pari hidup di bukit-bukit dan lembah-lembah ini… dan datuk dan nenek pernah nampak! Dan saya percaya mereka…” katanya pada anjingnya. “Sehingga saya dewasa dan berpendidikan”.